BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 26, 2011

Penjagaan Rambut


Wanita bertudung sebenarnya kurang memberikan perhatiaan dalam penjagaan rambut. Hal ini mungkin disebabkan kita memakai tudung, tiada siapa yang melihat rambut kita selain kita sendiri dan mahram. Perkara ini berlanjutan sehingga ia bermasalah dan rosak. Rambut menjadi rosak kerana mungkin liang rambut tersumbat oleh kelemumur dan diliputi dengan minyak. Seterusnya menyebabkan rambut menjadi berminyak atau terlalu kering.
Rawatan seperti mencuci rambut di saloon perlu dilakukan paling kurang setahun sekali.
Rawatan susulan bagi menjaga rambut adalah dengan bershampu dan meletakkan conditioner pada rambut. Tips yang diberi oleh stylist kat sebuah saloon ni, dia kata letak conditioner selepas shampoo dan bilas shampoo tu dulu n sapu kat hujung rambut dan jangan kena kulit kepala..then bilas..conditioner penting bagi mengelakkan hujung rambut kusut.
Pemilihan shampoo dan conditioner yang sesuai juga amat penting bagi rambut dan kulit kepala sihat. Ia bergantung kepada kesesuaian masing-masing. kita perlu memilih shampu yang kurang kandungan bahan kimia. Produk yang mempunyai banyak bahan kimia mempunyai kesan yang kurang terhadap penggunanya. Untuk mendapatkan shampu dan conditioner yang sesuai dengan anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari stylist di saloon rambut. Mereka akan mengesyorkan shampu yang sesuai. Shampu ini tidak terdapat di pasaraya. Hanya terdapat di salun-salun rambut. Kesimpulannya di sini, semakin mahal harga produk, semakin tinggi kualiti sesuatu produk itu. Kadang kala produk yang lebih mahal ini boleh bertahan lama. Jika dibandingkan dengan kos, harganya lebih kurang sama sahaja dengan produk yang lebih murah. Bagaimanapun, bergantung kepada bajet kita. Buatlah pilihan untuk jangka masa panjang..rugi dulu takpe, dalam menjaga kesihatan walaupun hanya rambut, tidak perlu berkira =)

p/s: walaupun rase sayang sangat duit habis, tapi reda je la..-,-

0 comments: