BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 26, 2011

Penjagaan Rambut


Wanita bertudung sebenarnya kurang memberikan perhatiaan dalam penjagaan rambut. Hal ini mungkin disebabkan kita memakai tudung, tiada siapa yang melihat rambut kita selain kita sendiri dan mahram. Perkara ini berlanjutan sehingga ia bermasalah dan rosak. Rambut menjadi rosak kerana mungkin liang rambut tersumbat oleh kelemumur dan diliputi dengan minyak. Seterusnya menyebabkan rambut menjadi berminyak atau terlalu kering.
Rawatan seperti mencuci rambut di saloon perlu dilakukan paling kurang setahun sekali.
Rawatan susulan bagi menjaga rambut adalah dengan bershampu dan meletakkan conditioner pada rambut. Tips yang diberi oleh stylist kat sebuah saloon ni, dia kata letak conditioner selepas shampoo dan bilas shampoo tu dulu n sapu kat hujung rambut dan jangan kena kulit kepala..then bilas..conditioner penting bagi mengelakkan hujung rambut kusut.
Pemilihan shampoo dan conditioner yang sesuai juga amat penting bagi rambut dan kulit kepala sihat. Ia bergantung kepada kesesuaian masing-masing. kita perlu memilih shampu yang kurang kandungan bahan kimia. Produk yang mempunyai banyak bahan kimia mempunyai kesan yang kurang terhadap penggunanya. Untuk mendapatkan shampu dan conditioner yang sesuai dengan anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari stylist di saloon rambut. Mereka akan mengesyorkan shampu yang sesuai. Shampu ini tidak terdapat di pasaraya. Hanya terdapat di salun-salun rambut. Kesimpulannya di sini, semakin mahal harga produk, semakin tinggi kualiti sesuatu produk itu. Kadang kala produk yang lebih mahal ini boleh bertahan lama. Jika dibandingkan dengan kos, harganya lebih kurang sama sahaja dengan produk yang lebih murah. Bagaimanapun, bergantung kepada bajet kita. Buatlah pilihan untuk jangka masa panjang..rugi dulu takpe, dalam menjaga kesihatan walaupun hanya rambut, tidak perlu berkira =)

p/s: walaupun rase sayang sangat duit habis, tapi reda je la..-,-

Tuesday, October 4, 2011

Post pertama pada tahun ini

dah lama aku tak post kat blog ni..nsib la dlm internet ja, klau buku dah berhabuk ni. apa luahan aku ea kali ni. em, dah 2 sem masuk degree ni, rasa banyak sangat pengalaman yang aku dapat dapat meniti alam guru pelatih ni. kadang-kadang rasa bosan jugak jadi cikgu ni, dah la kerja banyak. persepsi dulu dengan sekarang lain pulak. belajar semua benda, tah apa2 pun aku rasa. buat pun benda yang mengarut-mengarut. bagi pandangan aku la. mungkin bagi orang lain, depa suka. tapi aku bukan jenis orang aktif. tu pasai tak suka kalau kena buat benda-benda yang tak pernah aku buat dan aku bayangkan sebelum ni aku akan buat benda tu. tapi last-last berlaku jugak benda tu, mulut dan hati ja memberontak. anggota badan buat jugak. nak kata terpaksa, lebih kurang la. untuk mendapatkan susuatu pengalaman, memang perlu dipaksa. ini fakta. tapi camnapun insyaAllah akan aku jalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya.

Saturday, November 6, 2010

Nota tambahan

Aku de jumpe buku mtrik ni, sem 1 punye. Jawapan untuk silibus kimia 1 yang pasal pi n sigma bond. Soalan penah kuar beza antara pi n sigma bond. Kena amek tahu gak ni, mana tau kuar lagi.

Thursday, November 4, 2010

Organic Chemistry

salam kawan2..ni aku nak kongsi mind map yg aku wat time kkbi sem ni..smoga kita dmudahkan menerima ilmu dan sukses dalam exam final sem ni..inshaAllah..
pss: sory if ade slah or tak complete. kalau ade yang tak paham, tanye2 la, inshaAllah boleh tolong jawab,^^




Tuesday, October 26, 2010

My Birthday



Tahun ini, aku dah 20. alhamdulillah. 21 oktober dah berlalu. aku bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku, mak dan abah yang amat menyayangi aku, layan aku dengan baik dan semua orang yg menyayangiku..terima kasih ats segalanya..^___^

Sunday, September 26, 2010

Kenduri Kahwin

Sudah lama aku tak menulis blog ni. Selepas menonton video wedding of fairytale, terasa nak menyatakan apa yang aku rasa. Sambutannya cukup meriah. Macam mat saleh..tapi untuk apa nak menyerupai kaum lain kan..

"Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka"
dan hadis ini
"barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka"

Nauzubillah min zalik, jauhkan kami daripada termasuk dari kaum mereka..

Dalam islam, perkahwinan memang digalakkan untuk menyambut dengan meriah. walaupun begitu, kita masih tidak boleh terkeluar dari landasan hukum. Sebolehnya, kita perlu elakkan pembaziran, elakkan menunjuk-nunjuk, tutuplah aurat dengan sempurna..biar la perhiasan diri kita itu hanya ditatap, dilihat oleh suami.

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci. Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi. Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan. Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Apa yang penting dalam sesuatu perkahwinan itu, hanya lah akad nikah. Selepas akad nikah, kenduri itu, hanya untuk memberitahu orang ramai yang pasangan itu sudah berkahwin..

Muhasabah diri selalu..apa yang dilihat, fikirlah sama ada ianya boleh dicontohi atau tidak. Akal untuk berfikir. Iman untuk mengawal apa yang kita fikirkan..
Wallaua'lam..

Monday, August 16, 2010

kecurian

sejak akhir-akhir ni, kes kecurian sering berlaku di asrama aku. blok aku, dah 4 kes jadi sejak masuk sem ini. Last jadi, dua hari lepas, di bulan Ramadan ni. Emm, di bulan yang mulia ni, seeloknya kita memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Allah. Namun begitu, mencuri pulak. Berani betul pencuri tu. Ingatlah Allah, bertaubat dengan segera. Mungkin dah banyak kali boleh terlepas di dunia ini, tapi ingatlah pengadilan Allah di mahkamah akhirat nanti tidak akan terlepas walau sedikit pun.

Kita selaku warga asrama perlulah mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan cuai walaupun sesaat. Kerana mangsa-mangsanya sebelum ini pun menunjukkan atas kecuaian sendiri. Pohonlah doa kepada Allah, dan tawakal kepadaNya apabila setelah mengambil langkah berjaga-jaga. Paling simple, bace je ayat kursi. Kat bilik tu, jangan biar sunyi dari bacaan al-Quran. sesungguhnya, rumah itu ibarat kubur jika tiada siapa di kalangan penghuninya membaca ayat Quran.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dan membawa syafaat kepada kita. InsyaAllah..
wallahua'lam.