BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 30, 2010

Terkena Pukau

Pada minggu lepas, rakan saya pergi kat shoping Sogo. Bersama dengan rakannya yang lain. Dalam 4 orang macam tu la. Satu kejadian yang mennyedihkan berlaku. Dia dan rakannya kehilangan handphone dan purse. Tragedi ini berlaku di surau Sogo. Dia menceritakan bagaimana kejadian tu berlaku. Mereka semua tidak sedar langsung pasal handphone dan purse. Sampai sedar-sedar, semua dah hilang. Emm, mestila kes kena pukau kan..Padahal kat surau tu. Ade jugak makhluk Allah yang buat benda tak elok di rumah Allah ni. Berani betul dah la maen sihir kat tempat orang solat.

Tidak hairan la macam mana perkara yang tidak diingini sering berlaku di tempat ramai orang macam Sogo ni..memang orang tak perasan kalau kejadian mencuri ini berlaku. Tambahan pula, kalau terkena sihir ini, tak boleh buat ape la kalau benda dah jadi. Dah banyak kali kita dengar kan perkara sebegini. Terutamanya time musim perayaan. Ramai orang nak shoping. Pemukau2 ni tahu la orang semua ada banyak duit. Time ni la buat kerja haram mereka tu.

Oleh itu, apa yang harus kita buat??tak kan la nak biarkan aktiviti ni berleluasa dan kena pada kita?Em..kita perlula melindungi diri dari sihir laknatullah ini.
Saya petik dari artikel dalam Harian Metro,
"Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki. Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir."

Selain itu, kita boleh amalkan membaca ayat kursi, ayat ke-9 surah yaasin, ayat penggerak dan ayat2 quran yang lain..insyaAllah kita dijauhi dari terkan pukau ini. Macam kata kat atas, "Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir." Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa mengingati ALLAH walau di mana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita buat. Shoping2 jugak, tapi ingatlah, apa2 saje boleh berlaku, tambahan pula apabila kita berada di luar, tempat awam, tempat orang ramai macam tu. Tawakal kepada Allah selalu, dan berzikir kepadaNya sambil jalan-jalan shoping tu. Digalakkan membaca doa penggerak sebelum kita ke mana-mana. InsyaAllah selamat dari kecelakaan dan kesulitan.



Moral of the story, jangan la seronok sangat, ingat-ingat Allah sama..wallahua'lam..

Keluarga Tidak Berkenan

Pagi-pagi lepas subuh tadi, saya terus online. Layan-layan facebook jap, pastu buka la website iluvislam..check forum baru, belek-belek, ternampak thread best ni, "Keluarga Perempuan Tidak Berkenan". Setelah baca-baca semua komen dari user iLi dan pembuka thread tu, rupa-rupanya, perempuan tu menggunakan alasan ibunya tidak suka pada lelaki itu. Perempuan itu dah tak nak kat laki tu. Mereka dah kenal 6 tahun. Satu temph perkenalan yang sangat lama. Bila lelaki ini dah bersedia nak kahwin, perempuan ni plak buat hal. Lelaki tu plak susah nak lupa perempuan tu.

Ape yang saya nak ulas tentang perkara ini ialah, kepada lelaki, kalau perempuan cakap "tak nak", janganlah dipaksa..nanti anda makan hati je..perempuan ni suka memberontak. Then, pasal perkenalan antara lelaki dan perempuan. Andai kata anda, kamu adam, dah berkenan kat seorang muslimah ni, kenal dengan dia next ambil la peluang untuk jumpe orang tua si perempuan ni. Kalau mak ayah dah berkenan, pada masa akan datang, insyaAllah tak de la timbul masalah keluarga perempuan tak berkenan..Dalam adat orang Melayu sendiri pun suruh kita merisik dahulu pihak perempuan. Jadi, kenal lah keluarga dahulu, sebelum melanjutkan hubungan ke peringkat seterusnya. Berkahwin dengan seorang lelaki atau perempuan ni ibarat mengahwini seluruh keluarganya.*macam pelik lak ayat ni

Tapi kite faham kan, macam mana situasinya. Segala kesulitan dan kesenangan itu merupakan dugaan Allah dalam setiap perhubungan. Anggaplah itu sebagai dugaan dan ada hikmah disebalik setiap tragedi yang berlaku. Nak cuci dosa-dosa kecil barang kali. Kepada yang kehilangan orang tersayang ataupun terlepas ke tangan orang lain, jangan la sedih. Masih ramai lagi wanita2, lelaki yang baik untuk anda jadikan pasangan hidup. Hidup mesti diteruskan. Sebelum mancari, menjadi la dulu..:)

Friday, May 28, 2010

Penyakit Rohani

Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:
“Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan. ..”
Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:


1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: “Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…”

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu….”

sumber:
http://www.rileks.info/coollist/2008/03/penyakit-rohani