BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Muslimah Solat Berjemaah di Masjid/Surau dan Fitnah

"Solat secara berjemaah di surau atau masjid??bukan ke kaum hawa ni lebih baik solat bersenderian di rumah, sebab nanti takut fitnah??"

Kita sering dengar ayat macam ni kan bile ada orang ajak gi solat jemaah kat masjid mahupun surau terdekat. Memang ada penjelasan mengenai wanita lebih baik solat secara bersenderian di bilik atau rumah.

“Solat di kamarmu lebih utama daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)

Diriwayatkan bahwa Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as Sa’idi r.a pernah datang kepada Rasulullah dan berkata,”wahai Rasulullah, sesungguhnya saya suka (berjamaah di masjid) bersamamu.”


Beliau SAW menjawab,”sesungguhnya aku telah mengetahui bahwa engkau suka solat(berjamaah) bersamaku, tetapi solatmu di kamar tidurmu lebih baik daripada solatmu di ruang lain(dalam rumah)mu; solatmu di dalam sebuah ruangan tertentu dalam rumahmu lebih baik daripada solatmu di(ruang tengah) rumahmu; solatmu di ruang tengah rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu; solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”

Walau bagaimanapun, Rasullullah tidak melarang jika wanita ingin berjemaah ke masjid. Kita lihat pula hadis ini:

Bedasarkan Hadis Rasulullah s.a.w
لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ، وبيوتهن خير لهن
Dari Ibn Umar r.a berkata Nabi S.a.w :"Janganlah kamu melarang wanita ke masjid Allah, dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." (Riwayat Abu Daud)

Ini bermakna wanita ke masjid adalah dibolehkan di sisi syara' dan mereka mendapat pahala berjemaah di masjid.

Sekarang kita cakap pulak pasal fitnah. Kenapa pula kalau wanita ke masjid ni boleh mendatangkan fitnah?? Sebenarnya, fitnah ni ade macam2 maksud, tapi yang sering melanda kita pada zaman sekarang adalah fitnah yang bermana gangguan..
Mungkin on the way ke masjid atau surau tu, ade mamat2 kacau dia ni, usik2 ke kan. Lebih kurang macam tu la situasinya. Kalau dah tau bahaya gi seorang, ajak la member2, gi ramai2. Kan boleh elak fitnah.

Kalau dulu zaman Rasulullah memang bahaya kalau wanita keluar rumah, ade perompak la ape la kan. Tapi pada zaman sains & teknologi sekarang, kat tempat hostel kite tu, ade ke penyamun tunggu kat tepi jalan? Tak de kan..alhamdulillah Malaysia ni aman. Tapi ni tengok surau dan masjid tu jugak la. Kalau setakat surau hostel ataupun masjid kat kolej, tak de masalah kan?

Time belajar ni je la pun, kita perempuan nak solat jemaah kat surau or masjid. Bukan saja boleh jemaah, tapi boleh top up ilmu agama yang dapat dari aktiviti2 kat surau or masjid tempat kita tu. Setiap minggu ade usrah kan, join la..at least, dapat gak manfaat dari aktiviti yg dibuat. Kalau malam jumaat lak, ade makan2. Orait la ni bagi sape yg malas turun makan malam kat kafe..hehe

Selain itu, dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara, kengkawan, yang duduk floor lain, blok lain, kos lain & batch lain. Mungkin sebelum ni kite tak penah kenal, jez senyum bile selisih, tapi bila solat berjemaah sekali, boley gak sembang2, kenal2..


Berdasarkan pengalaman, menyesal time matrik dlu tak gi masjid, rasa serabut pale otak. Mungkin sebab kurang keberkatan. Bile dah pergi sendiri, memang rasa la perbezaannya. Ketenangan ada di sana~

Jom ke masjid dan surau, ilmu yang dapat tu bley gak remind2 kite..
Nanti dah duk luar hostel, susah dah nak g masjid ni..
Ikut keadaan, tempat dan masa jugak..
Peringatan untuk diri..
Wallahu a'lam..

Tuesday, December 29, 2009

Penyakit Riak

Kita selalu dengar perkataan riak kan? Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, berlaku tanpa kita sedari, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak sebenarnya bermaksud melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Firman Allah dalam surah al-Ma'un ayat 4-6 ada menyebut mengenai riak ini.
Maksudnya: "Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"

Antara perkara yang diriakkan oleh manusia ialah:

Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan dia itu kuat agama ataupun menunjukkan dia menutup aurat padahal hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini hanya di hadapan orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sedangkan pada waktu lain, mereka ini bukanlah begitu. Selain itu, mereka juga bukan berniat kerana Allah untuk mendapat keredaanNya. Fenomena ini sering melanda masyarakat kita pada hari ini, contohnya dapat dilihat apabila seseorang itu ke kelas memakai tudung, tetapi apabila terjumpa di luar kawasan kolej, tudung entah ke mana.

Riak dengan perkataan
Riak ini berlaku apabila seseorang itu berkata-kata yang menujukkan dia seorang yang ikhlas dan benar. Tuturnya seperti kaunselor. Walhal hakikat hatinya sunyi dan kosong.

Riak pada amalan
Orang sebegini riak dalam amalan solat, sedekah dan amalan lain. Dalam solat, sesorang itu menzahirkan khusyuk dalam solat seperti solat dengan lebih lama dengan memanjangkan rukuk dan sujud. Selain itu, bersedekah secara terang-terangan sampaikan ambil gambar. Sedangkan apabila bersendirian, amalannya tidak la sempurna begitu.

Riak sebenarnya mempunyai banyak peringkat

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada Allah. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu sudut dan kepada manusia pada satu sudut yang lain.

3. Riak Jali (terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (sembunyi)
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati. Ia mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).

Allah berfirman bermaksud: "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun." (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Oleh itu, kita perlulah elak penyakit ini daripada terus menular ke peringkat yang lebih kronik. Rawatan terbaik adalah menjauhkan daripada punca terjadinya sifat riak ini.
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.

3. Sukakan kemewahan dunia semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.


Cara-cara untuk menghindari punca-punca riak adalah:

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Juga ada doa yang diajar oleh Rasulullah apabila menyedari musibah yang dibawa oleh sifat riak ini iaitu:
"Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

Terdapat juga orang yang melakukan amal ibadah ikhlas kerana Allah, tetapi mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya, tetapi ini tidak dikira riak.
Namun begitu, apabila melakukan sesuatu amal ibadat, akan timbul perasaan riak, tetapi apabila amalan itu terus dilakukan secara istiqamah, perasaan itu akan hilang apabila kita perbetulkan niat ikhlas beribadat kerana Allah. Seterusnya, perasaan riak itu akan hilang sedikit demi sedikit.

yang penting jangan biarkan perasaan riak itu terus menguasai diri, takut amalan yang dilakukan tidak diterima. Oleh itu, mari kita berlumba untuk mengerjakan amal soleh secara tulus ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riak timbul kita perlu segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia..

Wallahu 'alam..

Sumber rujukan:
http://www.fitrahpower.com/tazkirah-bersiri/hakikat-penyakit-riak
http://al-fikrah.net/News/article/sid=555.html

Saturday, December 26, 2009

sedih

aku baru je tengok gambar2 member matrik kat myspace..
sgt sedih~

Wednesday, December 16, 2009

Jalan-jalan

semalam..aku keluar jalan-jalan ke alor star..
keluar dengan wani berahim & ada kecik..
kami tak pernah keluar bersama selama kenal sejak sekolah rendah dulu..
alhamdulillah tercapai gak impian nak hang out together-gether..hehe

tapi yang terkilan, sebab kami terlupa nak ambil gambar bersama..aiyaa..

kami mula2 plan nak pi dengan keta ayah aku, tapi ayah aku nak guna keta lak, so bawak keta ayah wani ja..dah la keta tu dah modified, sporty gila, segan aku nak bawak..tapi bawak la jugak..

mula2 pi star parade..waktu nak pi tu pun, aku pun ingat2 lupa ja jalan, lama dah tak pi jalan lok staq, tapi alhamdulillah tak sesat..hehe
sampai star parade, jalan-jalan..aku beli keronsang ja.

pastu, tepat jam 12 tengah hari, semua lapaq, pa lagi, cari tempat makan la..

keluaq star parade, wani kata nak pi makan kat belakang menara alor star, pi la cari, tapi tak jumpa pun..

patu, nak pi la makan kat pekan rabu, masuk cari parking kat depan pekan rabu, cari punya cari, 1 parking pun tak dak kosong..

payah sungguh nak cari parking kat alor star ni..then, pi billion..masuk parking atas bangunan tu, pening jugak, tapi naik jugak la..alhamdulillah, dapat parking kat tingkat 1.

pastu, makan kat gerai bawah billion tu..

pas makan, pi pekan rabu..jalan ja dari situ..

em, sepanjang jalan-jalan tu, kedai tudung sesaja..apa lagi, tak kan jalan saja, shoping r..emm..kami tiga-tiga terbeli tudung2 pilihan kami sendiri..

pastu, sampai pekan rabu, solat kat surau pekan rabu..banyak perubahan la jugak, surau dah ada econ, sejuk~

pas solat, jalan balik billion & terus balik sg lalang..

on de way balik sg lalang, singgah rumah member skola rendah kami jugak..amalina shuaib..
sembang2, dia pun mkin slim..huhu

kul 5 cam tu, kami pun blah la & balik rumah..

harap2 lain kali leh kuar skali lagi..:)

Monday, December 14, 2009

membeli-belah


sejak balik cuti, aku banyak kali keluar..keluar ke pekan sg petani yang membangun itu.
tempat yang aku lawati adalah centre square, lagenda height, sp plaza giant & tesco. asyik ulang alik antara tempat2 ni ja..
emm, macam2 dah aku terbeli..susah la bila musim YES (Year End Sale) ni.
kalau bukan aku yang nak g, kakak aku lak ajak, tak pun ayah aku yang ajak..huhu
bukan pa, kat umah ni, memang aku yang jadi driver, walau ke mana pun pergi..so, macam mana pun, aku akan pergi gak tempat2 bahaya ni.
setakat ni, macam2 baju dah beli, baju tshirt 1 helai, jubah 2 helai, sliper 2 pasang, tudung..emm, segan lah nak tulis, lebih kurang ** helai..hehe
then, makanan tidak dilupakan..fish finger~em, cedap2..pas tu, biskut lexus muncyies kegemaranku, me kering sbb senang bile lapar goreng me je..tapi bahan2 nye kena ade la dlm freez tu..yg lain, yogourt, air yogourt..em ape lagi ea..makanan untuk isi perut ni la ketika tak tau buat ape..huhu

baru-baru ni keluar dengan syikin..dia la member yang paling rapat dengan aku sejak abes spm..kalau nak ajak kuar shoping memang senang ajak dia. lagipun memang 1 kepala..
padahal dulu waktu kat skola, waktu awal form 4, aku tak berapa suka kat dia..ada la sebab2 nya kan..tapi, rupanya2 nya, dia lah yang paling aku rapat sampai sekarang..

petik dari ayat dlm surah al baqarah:216
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


emm..sepanjang cuti ni, aku jumpa syikin je..member lain, belum ketemu lagi..rindu la kat hampa semua..

Wednesday, December 9, 2009

umur itu amanah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

berkata jujur


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini