BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 26, 2011

Penjagaan Rambut


Wanita bertudung sebenarnya kurang memberikan perhatiaan dalam penjagaan rambut. Hal ini mungkin disebabkan kita memakai tudung, tiada siapa yang melihat rambut kita selain kita sendiri dan mahram. Perkara ini berlanjutan sehingga ia bermasalah dan rosak. Rambut menjadi rosak kerana mungkin liang rambut tersumbat oleh kelemumur dan diliputi dengan minyak. Seterusnya menyebabkan rambut menjadi berminyak atau terlalu kering.
Rawatan seperti mencuci rambut di saloon perlu dilakukan paling kurang setahun sekali.
Rawatan susulan bagi menjaga rambut adalah dengan bershampu dan meletakkan conditioner pada rambut. Tips yang diberi oleh stylist kat sebuah saloon ni, dia kata letak conditioner selepas shampoo dan bilas shampoo tu dulu n sapu kat hujung rambut dan jangan kena kulit kepala..then bilas..conditioner penting bagi mengelakkan hujung rambut kusut.
Pemilihan shampoo dan conditioner yang sesuai juga amat penting bagi rambut dan kulit kepala sihat. Ia bergantung kepada kesesuaian masing-masing. kita perlu memilih shampu yang kurang kandungan bahan kimia. Produk yang mempunyai banyak bahan kimia mempunyai kesan yang kurang terhadap penggunanya. Untuk mendapatkan shampu dan conditioner yang sesuai dengan anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari stylist di saloon rambut. Mereka akan mengesyorkan shampu yang sesuai. Shampu ini tidak terdapat di pasaraya. Hanya terdapat di salun-salun rambut. Kesimpulannya di sini, semakin mahal harga produk, semakin tinggi kualiti sesuatu produk itu. Kadang kala produk yang lebih mahal ini boleh bertahan lama. Jika dibandingkan dengan kos, harganya lebih kurang sama sahaja dengan produk yang lebih murah. Bagaimanapun, bergantung kepada bajet kita. Buatlah pilihan untuk jangka masa panjang..rugi dulu takpe, dalam menjaga kesihatan walaupun hanya rambut, tidak perlu berkira =)

p/s: walaupun rase sayang sangat duit habis, tapi reda je la..-,-

Tuesday, October 4, 2011

Post pertama pada tahun ini

dah lama aku tak post kat blog ni..nsib la dlm internet ja, klau buku dah berhabuk ni. apa luahan aku ea kali ni. em, dah 2 sem masuk degree ni, rasa banyak sangat pengalaman yang aku dapat dapat meniti alam guru pelatih ni. kadang-kadang rasa bosan jugak jadi cikgu ni, dah la kerja banyak. persepsi dulu dengan sekarang lain pulak. belajar semua benda, tah apa2 pun aku rasa. buat pun benda yang mengarut-mengarut. bagi pandangan aku la. mungkin bagi orang lain, depa suka. tapi aku bukan jenis orang aktif. tu pasai tak suka kalau kena buat benda-benda yang tak pernah aku buat dan aku bayangkan sebelum ni aku akan buat benda tu. tapi last-last berlaku jugak benda tu, mulut dan hati ja memberontak. anggota badan buat jugak. nak kata terpaksa, lebih kurang la. untuk mendapatkan susuatu pengalaman, memang perlu dipaksa. ini fakta. tapi camnapun insyaAllah akan aku jalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya.