BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Muslimah Solat Berjemaah di Masjid/Surau dan Fitnah

"Solat secara berjemaah di surau atau masjid??bukan ke kaum hawa ni lebih baik solat bersenderian di rumah, sebab nanti takut fitnah??"

Kita sering dengar ayat macam ni kan bile ada orang ajak gi solat jemaah kat masjid mahupun surau terdekat. Memang ada penjelasan mengenai wanita lebih baik solat secara bersenderian di bilik atau rumah.

“Solat di kamarmu lebih utama daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)

Diriwayatkan bahwa Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as Sa’idi r.a pernah datang kepada Rasulullah dan berkata,”wahai Rasulullah, sesungguhnya saya suka (berjamaah di masjid) bersamamu.”


Beliau SAW menjawab,”sesungguhnya aku telah mengetahui bahwa engkau suka solat(berjamaah) bersamaku, tetapi solatmu di kamar tidurmu lebih baik daripada solatmu di ruang lain(dalam rumah)mu; solatmu di dalam sebuah ruangan tertentu dalam rumahmu lebih baik daripada solatmu di(ruang tengah) rumahmu; solatmu di ruang tengah rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu; solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”

Walau bagaimanapun, Rasullullah tidak melarang jika wanita ingin berjemaah ke masjid. Kita lihat pula hadis ini:

Bedasarkan Hadis Rasulullah s.a.w
لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ، وبيوتهن خير لهن
Dari Ibn Umar r.a berkata Nabi S.a.w :"Janganlah kamu melarang wanita ke masjid Allah, dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." (Riwayat Abu Daud)

Ini bermakna wanita ke masjid adalah dibolehkan di sisi syara' dan mereka mendapat pahala berjemaah di masjid.

Sekarang kita cakap pulak pasal fitnah. Kenapa pula kalau wanita ke masjid ni boleh mendatangkan fitnah?? Sebenarnya, fitnah ni ade macam2 maksud, tapi yang sering melanda kita pada zaman sekarang adalah fitnah yang bermana gangguan..
Mungkin on the way ke masjid atau surau tu, ade mamat2 kacau dia ni, usik2 ke kan. Lebih kurang macam tu la situasinya. Kalau dah tau bahaya gi seorang, ajak la member2, gi ramai2. Kan boleh elak fitnah.

Kalau dulu zaman Rasulullah memang bahaya kalau wanita keluar rumah, ade perompak la ape la kan. Tapi pada zaman sains & teknologi sekarang, kat tempat hostel kite tu, ade ke penyamun tunggu kat tepi jalan? Tak de kan..alhamdulillah Malaysia ni aman. Tapi ni tengok surau dan masjid tu jugak la. Kalau setakat surau hostel ataupun masjid kat kolej, tak de masalah kan?

Time belajar ni je la pun, kita perempuan nak solat jemaah kat surau or masjid. Bukan saja boleh jemaah, tapi boleh top up ilmu agama yang dapat dari aktiviti2 kat surau or masjid tempat kita tu. Setiap minggu ade usrah kan, join la..at least, dapat gak manfaat dari aktiviti yg dibuat. Kalau malam jumaat lak, ade makan2. Orait la ni bagi sape yg malas turun makan malam kat kafe..hehe

Selain itu, dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara, kengkawan, yang duduk floor lain, blok lain, kos lain & batch lain. Mungkin sebelum ni kite tak penah kenal, jez senyum bile selisih, tapi bila solat berjemaah sekali, boley gak sembang2, kenal2..


Berdasarkan pengalaman, menyesal time matrik dlu tak gi masjid, rasa serabut pale otak. Mungkin sebab kurang keberkatan. Bile dah pergi sendiri, memang rasa la perbezaannya. Ketenangan ada di sana~

Jom ke masjid dan surau, ilmu yang dapat tu bley gak remind2 kite..
Nanti dah duk luar hostel, susah dah nak g masjid ni..
Ikut keadaan, tempat dan masa jugak..
Peringatan untuk diri..
Wallahu a'lam..

3 comments:

nurul 'awatif ahmad said...

post yg menarik..keep-it-up :D

Anonymous said...

kalo nk g surau gak
sekali sekala boleh laa

waNie™ said...

thnx..;)