BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 30, 2010

Terkena Pukau

Pada minggu lepas, rakan saya pergi kat shoping Sogo. Bersama dengan rakannya yang lain. Dalam 4 orang macam tu la. Satu kejadian yang mennyedihkan berlaku. Dia dan rakannya kehilangan handphone dan purse. Tragedi ini berlaku di surau Sogo. Dia menceritakan bagaimana kejadian tu berlaku. Mereka semua tidak sedar langsung pasal handphone dan purse. Sampai sedar-sedar, semua dah hilang. Emm, mestila kes kena pukau kan..Padahal kat surau tu. Ade jugak makhluk Allah yang buat benda tak elok di rumah Allah ni. Berani betul dah la maen sihir kat tempat orang solat.

Tidak hairan la macam mana perkara yang tidak diingini sering berlaku di tempat ramai orang macam Sogo ni..memang orang tak perasan kalau kejadian mencuri ini berlaku. Tambahan pula, kalau terkena sihir ini, tak boleh buat ape la kalau benda dah jadi. Dah banyak kali kita dengar kan perkara sebegini. Terutamanya time musim perayaan. Ramai orang nak shoping. Pemukau2 ni tahu la orang semua ada banyak duit. Time ni la buat kerja haram mereka tu.

Oleh itu, apa yang harus kita buat??tak kan la nak biarkan aktiviti ni berleluasa dan kena pada kita?Em..kita perlula melindungi diri dari sihir laknatullah ini.
Saya petik dari artikel dalam Harian Metro,
"Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki. Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir."

Selain itu, kita boleh amalkan membaca ayat kursi, ayat ke-9 surah yaasin, ayat penggerak dan ayat2 quran yang lain..insyaAllah kita dijauhi dari terkan pukau ini. Macam kata kat atas, "Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir." Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa mengingati ALLAH walau di mana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita buat. Shoping2 jugak, tapi ingatlah, apa2 saje boleh berlaku, tambahan pula apabila kita berada di luar, tempat awam, tempat orang ramai macam tu. Tawakal kepada Allah selalu, dan berzikir kepadaNya sambil jalan-jalan shoping tu. Digalakkan membaca doa penggerak sebelum kita ke mana-mana. InsyaAllah selamat dari kecelakaan dan kesulitan.



Moral of the story, jangan la seronok sangat, ingat-ingat Allah sama..wallahua'lam..

5 comments:

zjza_jawahir said...

btl2..klu x mampu nk igt doa in bhsa arab,doa dlm bhsa melayu pun blh..Allah Maha Mengetahui..btw, ayat yg ko bg tu elok diamalkan n sng nk igt..huhu..doa senjata muslim.tol x??huhu

fizanur said...

tempat yang paling Allah benci ialah pasar..

fizanur said...

tempat yang paling Allah benci adalah pasar...

fizanur said...

sila jawab tag

waNie™ said...

pah: hehe..btl2..bce2 salu..kena beringat la..:)