BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 26, 2010

Kenduri Kahwin

Sudah lama aku tak menulis blog ni. Selepas menonton video wedding of fairytale, terasa nak menyatakan apa yang aku rasa. Sambutannya cukup meriah. Macam mat saleh..tapi untuk apa nak menyerupai kaum lain kan..

"Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka"
dan hadis ini
"barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka"

Nauzubillah min zalik, jauhkan kami daripada termasuk dari kaum mereka..

Dalam islam, perkahwinan memang digalakkan untuk menyambut dengan meriah. walaupun begitu, kita masih tidak boleh terkeluar dari landasan hukum. Sebolehnya, kita perlu elakkan pembaziran, elakkan menunjuk-nunjuk, tutuplah aurat dengan sempurna..biar la perhiasan diri kita itu hanya ditatap, dilihat oleh suami.

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci. Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi. Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan. Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Apa yang penting dalam sesuatu perkahwinan itu, hanya lah akad nikah. Selepas akad nikah, kenduri itu, hanya untuk memberitahu orang ramai yang pasangan itu sudah berkahwin..

Muhasabah diri selalu..apa yang dilihat, fikirlah sama ada ianya boleh dicontohi atau tidak. Akal untuk berfikir. Iman untuk mengawal apa yang kita fikirkan..
Wallaua'lam..

4 comments:

asyraf said...

stuju ngn cik wani.....

p/s : agak2 kndri kwin cik wani nnti camna?? hehe :p

waNie™ said...

hehe..knuri sy nnt sderhana je la..:)

Amirul Naim said...

yeke sdrhana ?:p

waNie™ said...

mirul: yela..sderhana pada mkna sy la..:p