Pagi-pagi lepas subuh tadi, saya terus online. Layan-layan facebook jap, pastu buka la website iluvislam..check forum baru, belek-belek, ternampak thread best ni, "Keluarga Perempuan Tidak Berkenan". Setelah baca-baca semua komen dari user iLi dan pembuka thread tu, rupa-rupanya, perempuan tu menggunakan alasan ibunya tidak suka pada lelaki itu. Perempuan itu dah tak nak kat laki tu. Mereka dah kenal 6 tahun. Satu temph perkenalan yang sangat lama. Bila lelaki ini dah bersedia nak kahwin, perempuan ni plak buat hal. Lelaki tu plak susah nak lupa perempuan tu.
Ape yang saya nak ulas tentang perkara ini ialah, kepada lelaki, kalau perempuan cakap "tak nak", janganlah dipaksa..nanti anda makan hati je..perempuan ni suka memberontak. Then, pasal perkenalan antara lelaki dan perempuan. Andai kata anda, kamu adam, dah berkenan kat seorang muslimah ni, kenal dengan dia next ambil la peluang untuk jumpe orang tua si perempuan ni. Kalau mak ayah dah berkenan, pada masa akan datang, insyaAllah tak de la timbul masalah keluarga perempuan tak berkenan..Dalam adat orang Melayu sendiri pun suruh kita merisik dahulu pihak perempuan. Jadi, kenal lah keluarga dahulu, sebelum melanjutkan hubungan ke peringkat seterusnya. Berkahwin dengan seorang lelaki atau perempuan ni ibarat mengahwini seluruh keluarganya.*macam pelik lak ayat ni
Tapi kite faham kan, macam mana situasinya. Segala kesulitan dan kesenangan itu merupakan dugaan Allah dalam setiap perhubungan. Anggaplah itu sebagai dugaan dan ada hikmah disebalik setiap tragedi yang berlaku. Nak cuci dosa-dosa kecil barang kali. Kepada yang kehilangan orang tersayang ataupun terlepas ke tangan orang lain, jangan la sedih. Masih ramai lagi wanita2, lelaki yang baik untuk anda jadikan pasangan hidup. Hidup mesti diteruskan. Sebelum mancari, menjadi la dulu..:)
Sunday, May 30, 2010
Keluarga Tidak Berkenan
Posted by waNie™ at Sunday, May 30, 2010 2 comments
Friday, May 28, 2010
Penyakit Rohani
Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:
“Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan. ..”
Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:
1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: “Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…”
Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.
Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu….”
sumber:
http://www.rileks.info/coollist/2008/03/penyakit-rohani
Posted by waNie™ at Friday, May 28, 2010 0 comments
Saturday, April 3, 2010
kerja kursus
alhamdulillah, projek subjek major kos aku dah submit. iaitu biology 1 dan physics 2.
group aku ade 3 org utk projek2 ni.aku, alia, n awie. untuk memudahkan kerja, kami dah bahagikan kerja. aku amek bahagian fizik, alia amek bio. memandangkan aku lebih cenderung kepada fzik, n alia lebih ske bio, tu yg wat cm tu. awie lak wat ape yg kitorang suruh..haha
3 bln gk buat projek ni.cmpur ngn kja kursus lain.memang sangat banyak keje yg kena antar pada masa yg sama..minor subjek pun dah jadi major.pape pun, sume masuk dalam pointer, cane pun, kena wat betul2 gak..time kasih pada rakan2 senior yg membantu..*tengok2 je, tak plagiat pun,,eheh
skang cume ade basic math n english kja ksus je lg..
then, bln 5 exam..smoga sem ni lbh baik dari sem lpas..
Posted by waNie™ at Saturday, April 03, 2010 3 comments
Friday, February 26, 2010
asigment
npe belambak sgt nk kena anta pd mse yg sme ni??
skt2 bdn ku..:(
Posted by waNie™ at Friday, February 26, 2010 3 comments
Friday, January 22, 2010
Kekangan Masa
dah lame tak publish new post..
nak publish something ni, idea ade, tapi masa lak tak de.
keje oh keje, jangan la banyak...;(
Posted by waNie™ at Friday, January 22, 2010 2 comments
Wednesday, January 13, 2010
Masuk Sem Baru
Hari ini, dah masuk minggu kedua dalam sem 2 ni. Alhamdulillah, syukur..
Gerko dapat badminton, pilihan pertama tu. Lega sangat, permainan yang tak perlu main tengah panas matahari.
Pembelajaran pun sudah bermula. Azam baru sem ni nak pulun skit. Tak nak malas2 macam sem lepas. Nak study banyak, tak nak tido je. Mungkin hikmah pointer sem lepas yang kurang memuaskan, membuatkan aku lebih sedar, perlu rajin lagi, tak leh rilek2 sangat. Course work pun kena buat betul2 la. Nak dapatkan A jugak, insyaAllah..
Stay up, tak pun bangun malam, perlu lah diamalkan semula.
Sem lepas telah mengajar dan memberi pengalaman apa yang perlu dilakukan pada sem baru ni..
Terasa lebih yakin dan berani.
Semoga dipermudahkan oleh Allah atas segala urusanku..
Posted by waNie™ at Wednesday, January 13, 2010 0 comments
Thursday, December 31, 2009
Muslimah Solat Berjemaah di Masjid/Surau dan Fitnah
"Solat secara berjemaah di surau atau masjid??bukan ke kaum hawa ni lebih baik solat bersenderian di rumah, sebab nanti takut fitnah??"
Kita sering dengar ayat macam ni kan bile ada orang ajak gi solat jemaah kat masjid mahupun surau terdekat. Memang ada penjelasan mengenai wanita lebih baik solat secara bersenderian di bilik atau rumah.
“Solat di kamarmu lebih utama daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)
Diriwayatkan bahwa Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as Sa’idi r.a pernah datang kepada Rasulullah dan berkata,”wahai Rasulullah, sesungguhnya saya suka (berjamaah di masjid) bersamamu.”
Beliau SAW menjawab,”sesungguhnya aku telah mengetahui bahwa engkau suka solat(berjamaah) bersamaku, tetapi solatmu di kamar tidurmu lebih baik daripada solatmu di ruang lain(dalam rumah)mu; solatmu di dalam sebuah ruangan tertentu dalam rumahmu lebih baik daripada solatmu di(ruang tengah) rumahmu; solatmu di ruang tengah rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu; solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”
Walau bagaimanapun, Rasullullah tidak melarang jika wanita ingin berjemaah ke masjid. Kita lihat pula hadis ini:
Bedasarkan Hadis Rasulullah s.a.w
لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ، وبيوتهن خير لهن
Dari Ibn Umar r.a berkata Nabi S.a.w :"Janganlah kamu melarang wanita ke masjid Allah, dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." (Riwayat Abu Daud)
Ini bermakna wanita ke masjid adalah dibolehkan di sisi syara' dan mereka mendapat pahala berjemaah di masjid.
Sekarang kita cakap pulak pasal fitnah. Kenapa pula kalau wanita ke masjid ni boleh mendatangkan fitnah?? Sebenarnya, fitnah ni ade macam2 maksud, tapi yang sering melanda kita pada zaman sekarang adalah fitnah yang bermana gangguan..
Mungkin on the way ke masjid atau surau tu, ade mamat2 kacau dia ni, usik2 ke kan. Lebih kurang macam tu la situasinya. Kalau dah tau bahaya gi seorang, ajak la member2, gi ramai2. Kan boleh elak fitnah.
Kalau dulu zaman Rasulullah memang bahaya kalau wanita keluar rumah, ade perompak la ape la kan. Tapi pada zaman sains & teknologi sekarang, kat tempat hostel kite tu, ade ke penyamun tunggu kat tepi jalan? Tak de kan..alhamdulillah Malaysia ni aman. Tapi ni tengok surau dan masjid tu jugak la. Kalau setakat surau hostel ataupun masjid kat kolej, tak de masalah kan?
Time belajar ni je la pun, kita perempuan nak solat jemaah kat surau or masjid. Bukan saja boleh jemaah, tapi boleh top up ilmu agama yang dapat dari aktiviti2 kat surau or masjid tempat kita tu. Setiap minggu ade usrah kan, join la..at least, dapat gak manfaat dari aktiviti yg dibuat. Kalau malam jumaat lak, ade makan2. Orait la ni bagi sape yg malas turun makan malam kat kafe..hehe
Selain itu, dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara, kengkawan, yang duduk floor lain, blok lain, kos lain & batch lain. Mungkin sebelum ni kite tak penah kenal, jez senyum bile selisih, tapi bila solat berjemaah sekali, boley gak sembang2, kenal2..
Berdasarkan pengalaman, menyesal time matrik dlu tak gi masjid, rasa serabut pale otak. Mungkin sebab kurang keberkatan. Bile dah pergi sendiri, memang rasa la perbezaannya. Ketenangan ada di sana~
Jom ke masjid dan surau, ilmu yang dapat tu bley gak remind2 kite..
Nanti dah duk luar hostel, susah dah nak g masjid ni..
Ikut keadaan, tempat dan masa jugak..
Peringatan untuk diri..
Wallahu a'lam..
Posted by waNie™ at Thursday, December 31, 2009 3 comments


